Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anwar pertahan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025

KUALA LUMPUR, 12 April : Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025, demikian menurut kenyataan dari pejabat beliau semalam.

Anwar telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada 12.14 tengah hari, kata kenyataan itu. 

Anwar, 75, memenangi jawatan Presiden PKR tanpa bertanding bagi penggal 2018/2021 pada Nov 2018. 

Pemilihan PKR kali ini, buat pertama kalinya diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenalkan PKR pada 28 Feb lepas.

Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula pada 8 April dan berakhir semalam (Ahad) melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.

Pencalonan bagi jawatan enam pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu presiden, timbalan presiden dan empat naib presiden serta lima jawatan utama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita, berlangsung semalam.

Proses pengundian bagi pemilih secara dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan