Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Yayasan Ragad sumbang bakul makanan dan bantuan kewangan bernilai RM50,000

ByAmirah Shawel

KUCHING, 10 April : Yayasan Ragad menghulurkan sumbangan berbentuk bakul makanan dan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan sempena Program Amal Ramadan di sini hari ini.

Menurut Pengarah Operasi Yayasan Ragad, Sarhan Ismail bantuan bernilai RM50,000 tersebut diserahkan kepada 100 orang penerima bantuan.

“Jenis bantuan pada hari ini adalah dalam bentuk bakul makanan dan bantuan kewangan kepada 100 penerima daripada senarai yang dikeluarkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak.” katanya.

Tambahnya bantuan yang dihulurkan juga adalah sebahagian daripada tajaan pihak MyCar Asia bersama-sama dengan Megah Herba (M) Sdn. Bhd.

Sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Ragad, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir  Menteri Pembangunan Wanita, kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan