Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak fokus bantu belia minoriti Melanau

KUCHING, 10 April : Kerajaan Negeri bersedia berkerjasama dengan Persatuan Melanau Kuching dalam memberi bantuan dan sokongan kepada golongan belia minoriti Melanau.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, antara bentuk bantuan yang akan dihulurkan adalah dari sudut bimbingan keusahawanan.

Katanya, bantuan yang disediakan adalah demi melahirkan belia yang produktif dan progresif serta berpelajaran tinggi dan berbakti kepada negara.

“Melalui Persatuan Melanau Kuching, kita akan cuba untuk mendapatkan pandangan mahasiswa dan mahasiswi berketurunan Melanau yang menuntut di beberapa universiti di Kuching seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Swinburne berkenaan tajaan di kampung.” katanya yang ditemui selepas Majlis Iftar dan Solat Terawih anjuran Persatuan Melanau Kuching, di sini semalam.

Datuk Abdullah Saidol menyampaikan bantuan kepada penyelia Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching

Sementara Itu, beliau juga menyatakan hasrat menganjurkan  pameran berkenaan penyalahgunaan dadah yang akan turut melibatkan belia dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan anti-jenayah.

Majlis tersebut turut menyampaikan bantuan Ramadan berupa wang tunai kepada sepuluh orang anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Murni Kuching serta dua penyelianya.

Turut hadir adalah Setiausaha Politik kepada Primier Sarawak, Fridah Osman yang juga merangkap pengerusi persatuan tersebut.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan