KUCHING, 10 April: Bagi mengelak keperluan bagi komuniti Hospital Umum Sarawak untuk pergi ke Bazar Ramadan di luar hospital yang boleh mengundang risiko penularan jangkitan, Meditel telah tampil untuk menganjurkan Bazar Ramadan buat pertama kalinya di persekitan hospital dengan membuka 35 gerai jualan juadah.
Pembukaan Bazar Ramadan yang julung kalinya diadakan di sekitar hospital itu memudahkan komuniti hospital untuk membeli keperluan berbuka puasa selain memeriahkan lagi suasana pada bulan Ramadan.
Pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP), untuk menjamin kebersihan yang baik, menjadi keutamaan tatkala warga hospital membeli juadah untuk berbuka puasa.
Bazar Ramadan Meditel Ceria Street Mall beroperasi setiap hari bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.00 malam. – TVS