Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lelaki orang asli ditemukan lemas di Sungkai

ByBernama

TAPAH, 10 April : Seorang lelaki Orang Asli ditemukan lemas tersangkut pada akar pokok semasa mandi di Sungai Ulu Menderang, Sungkai dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam.

Beliau berkata mangsa Ayunie Nasir, 24, yang mencari hasil hutan sebagai sumber pendapatan dipercayai mandi seorang diri di sungai berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa.

“Mangsa memberitahu kepada ibunya untuk keluar mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 8 malam. Mangsa keluar seorang diri dalam keadaan hujan lebat hanya memakai kain serta membawa lampu suluh.

“Kira-kira sejam kemudian, ibunya keluar mencari mangsa kerana mangsa masih belum pulang ke rumah. Ibunya meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa di tempat kebiasaan mangsa mandi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah ditemukan tersangkut pada akar pokok kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan pada fizikal luaran mangsa mendapati tiada kesan luka atau cedera yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah utuk bedah siasat selepas selesai menjalani ujian COVID-19 bagi mengetahui punca kematian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan