Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jalan Pakan-Betong buka peluang ekonomi baharu

KUCHING, 10 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memperuntukkan sebanyak RM39 juta bagi projek pembangunan menghubungkan Daerah Kecil Pakan dengan Ulu Paku di Betong.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Jalan Pakan- Betong itu nanti akan membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

“Projek berimpak tinggi itu bukan sahaja membuka laluan baharu kepada penduduk setempat, tetapi juga menjimatkan tempoh perjalanan di antara kedua-dua daerah tersebut.

“Saya mengumumkan bahawa Premier Sarawak telah meluluskan RM39 juta untuk membina jalan di antara Pakan dengan Ulu Paku, Betong, dengan manfaat jalan ini kita dapat mengurangkan tempoh perjalanan dari Sarikei, Pakan ke Kuching kurang dari satu jam.” katanya yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Pesaka Bumiputera PBB Pakan pada Sabtu.

Tambahnya projek tersebut juga merupakan satu lagi bukti kesungguhan kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan terbaik yang diperlukan oleh rakyat khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak.

“Jadi jalan ini akan mengubah corak tempat yang belum dibangun sepanjang jalan tersebut dan membuka ruang untuk penduduk di sekitar kawasan ini kepada kegiatan ekonomi,” katanya lagi.

Terdahulu Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan menghadiri taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Pakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan