Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dr Annuar umum pertahan jawatan Naib Presiden PBB

SIBU, 10 April : Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Annuar Rapaee akan bertanding mempertahankan jawatannya pada Konvensyen PBB Sarawak, Jun depan.

Dr Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka membuat pengumuman tersebut pada mesyuarat agung tiga tahun sekali PBB Cawangan Nangka di sini semalam.

Selain itu, selaku ADUN Nangka beliau secara automatik memegang jawatan pengerusi di kawasan itu mengikut Perlembagaan parti.

Sebelum ini, beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak telah memenangi jawatan Naib Presiden di Konvensyen PBB Sarawak pada 2018 dengan mendapat 764 undi.

“Saya akan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden yang saya sandang sejak 2018. Saya tidak akan bertanding jawatan lain,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan