Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Media tempatan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM2 bilion daripada jumlah RM4.5 bilion hasil iklan tahunan kepada tiga gergasi media sosial iaitu Meta, Google dan TikTok.

13,400 kakitangan awam Johor terima bantuan Aidilfitri setengah bulan gaji

JOHOR BAHRU, 10 April : Kira-kira 13,400 kakitangan awam di Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata pemberian itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 April lepas dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.81 juta. 

Beliau berkata pemberian itu turut melibatkan kakitangan di bawah Skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

“Pemberian bantuan ini adalah keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sempena menyambut ketibaan lebaran pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Azmi berkata pembayaran akan dibuat pada 28 April dan semakan kelayakan boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan