Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RUU Anti Lompat Parti mungkin tidak dibentangkan Isnin ini

BySalasiah Safian

KOTA SAMARAHAN, 09 April : Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti mungkin tidak akan dibentangkan pada Sidang Khas Parlimen 11 April ini.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, mereka dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan ia akan digantikan dengan akta lain.

Baca > > > Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentang 11 April – Wan Junaidi

“Kita ada sidang khas pada Isnin, 11 April dan dijadualkan kita akan membincangkan (RUU) Anti Lompat Parti.

“Namun begitu kita dimaklumkan kemungkinan tidak dijadualkan, digantikan dengan akta lain memandangkan bil yang dikemukan masih lagi belum komprehensif.

“Walaubagaimanapun bagi saya akta ini amat penting sekali bagi memastikan kestabilan negara. Amat penting sekali bagi memastikan sokongan kepada parti-parti tidak beralih yang mana ia boleh menjejaskan kestabilan,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Bazar Ramadan Kota Samarahan, pada Jumaat.

Pada pendapat beliau, akta itu perlu dibincangkan dengan kadar yang segera.

Tambahnya lagi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyokong sepenuhnya (RUU) Anti Lompat Parti tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan