Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
skrip filem Kredit: Envato

Mylab tawar dana RM20,000 kepada pembikin filem tempatan

ByNurul Amarlina

KUCHING, 9 April: Penggiat seni tempatan yang bercita-cita untuk menghasilkan filem adalah dialu-alukan untuk menyertai program inkubator Malaysian Development Lab for Fiction Feature Films (Mylab) yang menyediakan dana sejumlah RM20,000 kepada projek terbaik yang menyertai program itu. 

Menurut kenyataan media Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Mylab terbuka kepada penulis skrip, pengarah dan penerbit untuk membangunkan skrip dan filem mereka di bawah bimbingan penulis skrip, pengarah, penerbit, pengedar dan pakar festival di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

“Hanya enam hingga lapan projek akan dipilih. Projek terbaik berpeluang untuk mendapat dana RM20,000,” jelas kenyataan itu.

Mylab yang akan berlangsung bermula Jun hingga Disember tahun ini akan dikendalikan oleh Loma Tee, seorang penerbit termayshur yang amat berpengalaman dalam festival filem, dengan kerjasama FINAS yang akan menjalankan program tersebut bersama pakar-pakar filem antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai program tersebut bukan sahaja untuk menambah ilmu malah juga untuk memperluaskan rangkaian mereka dalam kalangan komuniti pembikin filem peringkat antarabangsa.

“Selain untuk melahirkan pembikin filem berkemahiran tinggi di Malaysia, FINAS juga amat komited untuk mendapatkan lebih banyak kandungan Malaysia yang sedia untuk pasaran antarabangsa,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hantarkan emel ke mylab@finas.my. Tarikh tutup ialah 20 April 2022. – TVS

Tags: filem, Finas, mylab

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan