Premis buah kelapa sawit didenda kerana guna alat timbang kenderaan tidak sah

Guna alat timbang kenderaan tidak sah, peniaga dikompaun RM3,000

MUKAH, 9 April : Sebuah premis mengumpul buah kelapa sawit dikenakan tindakan kompoun segera RM3,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Mukah kerana menggunakan alat timbang kenderaan yang tidak ditentu sahkan dalam operasi yang dijalankan bersama Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) Bintulu pada 21 hingga 23 Mac lalu.

Manakala sembilan premis lain pula didapati menggunakan alat timbang yang masih dalam tempoh sah dan mematuhi piawaian KPDNHEP.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den operasi berkenaan turut dilaksanakan ke atas 10 buah premis membeli buah sawit di sekitar Kuala Matu, Igan, Mukah Balingian dan Selangau.

“Dalam pada itu sebanyak tiga kompaun dan satu amaran turut dikeluarkan oleh MPOB kepada pihak pengumpul sawit yang telah diperiksa dan operasi dibuat setelah pelaksanaan Ops Sawit dikuatkuasakan.

“Operasi kita ini menyasarkan pemeriksaan ke atas pembeli sawit yang menggunakan mesin atau Alat Timbang Kenderaan (ATK) untuk menimbang dan membeli buah kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi operasi bertujuan bagi mengesan dan mencegah sebarang salah laku oleh pihak pengumpul buah sawit seterusnya melindungi para peladang dan pekebun kecil susulan kenaikan harga buah sawit di pasaran.

“Antara lain operasi ini juga dilaksanakan bagi memastikan pembeli atau pengumpul buah mematuhi syarat perlesenan oleh pihak MPOB.

“Turut hadir dalam Operasi Bersama ini ialah Stephen Jenang Mandit dan Rachel Saika dari Pejabat MPOB Bintulu,” katanya lagi

Salihin turut menasihati para peniaga iaitu pembeli buah tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan ATK yang diubah suai ketepatan atau tidak di tentusahkan untuk tujuan Perdagangan.

“Sekiranya berlaku salah laku di pihak pembeli buah, para penjual buah sawit boleh mengemukakan aduan salah laku pihak berkenaan melalui platform e-aduan.kpdnhep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP, atau menghubungi talian Hotline 1-800-886-800

“Ataupun terus hubungi kami di WhatsApp 019-848800 / 019-2794317 atau hadir ke pejabat KPDNHEP Cawangan Mukah yang berdekatan,” jelasnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan