KUCHING, 9 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menziarahi pusara ayah dan ibunya, Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapiee dan Allahyarhamah Toh Puan Dayang Masniah Abang Abdul Rahman di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bahagian Kuching, di sini hari ini.
Abang Johari tiba di tanah perkuburan itu dengan ditemani Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang serta ahli keluarga terdekat.
Beliau turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai dan beberapa pegawai masjid berkenaan telah bersama-sama membaca surah Yasin bagi mendoakan kesejahteraan.
Allahyarham Tun Abang Openg merupakan Gabenor pertama Sarawak meninggal dunia pada 1969 manakala isterinya, Dayang Masniah meninggal dunia pada 1998.