Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia mengundi menyokong Sidang Khas Kecemasan Ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerima pakai resolusi “Tindakan keganasan ke atas Ukraine” pada Rabu.
Malaysia menyambut baik dan menyokong penerimaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru kepada gencatan senjata segera dan berkekalan antara tentera Israel dan Hamas di Gaza.

Rusia digantung, Malaysia undi berkecuali di PBB

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 April : Malaysia mengundi untuk berkecuali dalam pengundian  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) PBB.

Sebanyak 58 negara mengundi untuk berkecuali termasuk Malaysia manakala 93 lagi negara menyokong dan 24 negara membantah dalam pengundian resolusi itu pada Khamis.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Malaysia menekankan bahawa keputusan penting seperti penggantungan anggota MHAM tidak boleh diambil secara terburu–buru dan perlu diberikan masa untuk dibincangkan.

“Pada 7 April 2022, Sesi Khas Ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disambung semula telah memutuskan untuk menggantung keanggotaan Rusia dalam MHAM.

“Malaysia turut terlibat dalam proses pengundian dan telah mengundi untuk berkecuali,” menurut kenyataan itu.

Malaysia berpendapat bahawa Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan MHAM pada Mac 2022, perlu diberikan masa untuk menjalankan siasatan dan membentangkan penemuannya terlebih dahulu bagi mengesahkan sebarang dakwaan mengenai pelanggaran hak asasi manusia dan undang–undang kemanusian yang berlaku di kawasan konflik. 

“Sebagai ahli MHAM, Malaysia mengulangi pendirian prinsipnya untuk tidak menyokong sebarang tindakan yang mempolitikkan isu-isu yang dibentangkan di MHAM,” jelas kenyataan itu.

Malaysia akan terus memantau perkembangan, termasuk situasi hak asasi manusia dan kemanusiaan di kawasan bergolak, selain mengulangi seruan supaya bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan tanpa halangan kepada semua pihak yang terkesan, terutamanya golongan rentan.

Malaysia menggesa semua pihak supaya meredakan ketegangan, meneruskan dialog dan rundingan damai, serta mematuhi sepenuhnya kewajipan masing-masing selaras dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa.

MHAM merupakan badan subsidiari di bawah PBB

Di bawah Peraturan Prosedur PBB menetapkan bahawa Perhimpunan Agung PBB boleh menggantung keahlian mana-mana ahli MHAM yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik dengan sokongan majoriti dua pertiga negara anggota PBB yang hadir dan mengundi.

Sebanyak 18 negara lagi mengambil keputusan untuk tidak mengundi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan