Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah – Kim Shin

ByBernama

KUCHING, 8 April : Kekerapan penerbangan ke destinasi utama di Sarawak ditingkatkan ke 615 penerbangan setiap minggu berbanding 576 penerbangan sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan negeri, Dato Sri Lee Kim Shin.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu susulan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada Rabu lepas.

“Kami percaya bahawa peningkatan kekerapan penerbangan ini akan mewujudkan pilihan dan ketersediaan penerbangan, pengurangan harga tambang dan akan menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak.

“Kami menjangkakan akan ada momentum besar dalam pergerakan orang beberapa bulan akan datang kerana ramai yang ingin mengembara selain sempadan negara lain turut dibuka dan perubahan ke Fasa Peralihan ke Endemik,” katanya.

Lee berkata walaupun sempadan negeri dibuka, penumpang dan pengembara diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat.

“Kita tidak boleh selesa, terutamanya dalam fasa peralihan ini, dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata sebelum pandemik COVID-19, jumlah pengunjung ke Sarawak sejak 2010 meningkat daripada 3,270,655 kepada 4,662,419 orang pada 2019.

Bagaimanapun, disebabkan impak pandemik itu, jumlah pengunjung menurun kepada 1,199,872 pada 2020 dan terus berkurang kepada hanya 235,245 pelancong pada 2021, katanya.

“Kami percaya angka itu akan bertambah baik pada 2022 susulan pembukaan sempadan antara negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan