Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suspek ‘kes bunuh 10 tahun’ antara 39 individu diburu IPD Kuching

ByJeeridyne

KUCHING, 7 April : Seorang warga emas berusia 60 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes bunuh lebih 10 tahun lalu merupakan antara 39 individu yang sedang ‘dicari’ oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek yang berusia 50 tahun ketika kejadian bertindak menghilangkan diri sehingga hari ini.

Katanya, polis turut mengesan seramai 38 individu termasuk tiga wanita sejak lebih 20 tahun lepas bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah.

“Mereka terdiri daripada 36 orang lelaki serta dua perempuan tempatan dan seorang wanita Indonesia.

“Tiga lelaki yang dikesan merupakan bekas kakitangan awam yang telah dibuang kerja kerana melibat dalam kes jenayah,”katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Antara sebahagian 39 individu yang sedang dicari oleh IPD Kuching untuk membantu selesaikan pelbagai kes jenayah
Antara sebahagian 39 individu yang sedang dicari oleh IPD Kuching untuk membantu selesaikan pelbagai kes jenayah

Beliau memberitahu, seramai lapan orang diperlukan untuk membantu siasatan kes berat yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun ke atas.

“Seramai 11 orang pula terlibat dengan jenayah harta benda manakala 20 yang lain terlibat dengan kes ugut,”katanya.

Katanya, kesemua yang sedang dicari itu berusia dalam lingkungan umur 24 hingga 60 tahun.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Deputi Superintendan Mohd. Hafizi Ishak di talian 017-2336343 atau Asisten Superintendan Baharuddin Sabang (013-5654600). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan