Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PGA Sibu rampas mercun dan bunga api bernilai RM150,000

SIBU, 7 April : Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 Kem Lanang menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan bunga api dan mercun yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan RM150,000 di sini semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh Cawangan Risik Batalion 10 di sebuah premis di Jalan Ding Lik Kong dekat sini pada jam 11.45 pagi itu.

“Hasil pemeriksaan dalam premis yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan bunga api dan mercun, kita menjumpai sebanyak 280 kotak bungai api dan 77 kotak mercun pelbagai jenis,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan