Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PEMINDAHAN DIESEL SECARA HARAM
KUALA NERUS, 7 April -- Sebuah kapal pelancongan yang menempatkan minyak diesel untuk aktiviti pemindahan minyak itu secara haram dalam sebuah kapal di sebuah jeti persendirian di Kampung Batin hari ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu yang melakukan operasi kira-kira 11.15 malam tadi berjaya menahan sebuah kapal pelancongan yang dipercayai menjalankan aktiviti pemindahan diesel secara haram dan turut menahan tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an yang juga pekerja kapal berkenaan. Semasa serbuan dilakukan ketiga-tiga pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak diesel dari square tank di atas kapal ke sebuah skid tank di jeti persendirian. KPDNHEP merampas 46,000 liter diesel dan sebuah kapal pelancongan yang telah diubahsuai untuk tujuan penyelewengan dan anggaran nilai rampasan keseluruhan hampir RM400,000. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kapal pelancongan pindah diesel haram ditahan

KUALA NERUS, 7 April : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menahan sebuah kapal pelancongan yang dipercayai menjalankan aktiviti pemindahan diesel secara haram di sebuah jeti persendirian di Kampung Batin di sini, malam tadi.

Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata dalam operasi kira-kira 11.15 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an yang juga pekerja kapal berkenaan turut ditahan.

Beliau berkata serbuan dilakukan oleh lapan anggota dan pegawai penguat kuasa selepas pemantauan selama tiga bulan hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya.

“Kami berjaya merampas 46,000 liter diesel dan sebuah kapal pelancongan yang telah diubah suai untuk tujuan penyelewengan dan anggaran nilai rampasan keseluruhan hampir RM400,000.

“Ketika serbuan, ketiga-tiga lelaki tersebut sedang leka menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak diesel dari square tank di atas kapal ke sebuah skid tank di jeti persendirian,” katanya pada sidang media di jeti persendirian Kampung Batin, hari ini.

Menurut Saharuddin, siasatan bagi mengesan pemilik sebenar kapal berkenaan dan sumber diesel tersebut diperoleh akan dijalankan secara terperinci.

“Tiga lelaki yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala hukuman bagi syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan