Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pukat tunda selamatkan penyelamat hilang
Pukat tunda selamatkan penyelamat hilang

Jurulatih selam diselamatkan bot pukat tunda

ByKhairil Zharif Affindie


KUCHING, 7 April : Jurulatih selam, Kristine Grodem, salah seorang daripada empat pelancong Eropah yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol petang semalam diselamatkan oleh sebuah bot pukat tunda yang dalam perjalanan ke Thailand dari Indonesia.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, wanita berusia 35 tahun dari Norway itu ditemui pada pukul 8.15 pagi kira-kira 30 batu nautika daripada lokasi kejadian, berdekatan perairan Tanjung Sedili.

Katanya, mangsa yang lengkap berpakaian dan kelengkapan selam itu kemudian dipindahkan ke Helikopter Maritim Malaysia.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Mersing dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya seperti kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Maritim Malaysia kini meneruskan usaha mencari baki tiga yang masih hilang iaitu Alexia Alexandra,  Adrian Peter dan Nathen Renze di kawasan pencarian sekitar 100 batu nautika.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut meninjau markas operasi mencari dan menyelamat. Kredit foto Facebook Onn Hafiz.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut berkongsi perkembangan kejadian itu menerusi Facebooknya.

Menurutnya, operasi melibatkan enam agensi utama iaitu Pejabat Daerah Mersing, Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Perikatan.

“Patik juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Johor yang berkenan mengurniakan dua kapal selam (diving boat) bagi tujuan operasi ini,”katanya.

Tengah hari tadi, Onn Hafiz turut berkongsi berita penemuan Kristine malah beliau juga melawat markas operasi. -TVS


TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan