Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PENGANGGUR DIDAKWA BUNUH IBU

Buruh disyaki bunuh rakan serumah direman tujuh hari

SEREMBAN, 7 April : Seorang buruh warga Rohingya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian rakan serumahnya dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok, dekat sini semalam.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Intan Syafinaz Ros’lin sehingga 13 April ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam seorang buruh warga Rohingya berusia 19 tahun ditemukan maut dengan kesan tikaman di perut dalam rumah tersebut.

Mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh lima ke enam jam sebelum ditemukan pihak polis pada kira-kira pukul 10 pagi.

Suspek yang melarikan diri sejurus kejadian itu bagaimanapun ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam di sebuah kedai pakaian di Jalan Aston, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dipercayai cuba bersembunyi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan