Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
wad hospital
wad hospital

Wanita Indonesia ‘guna’ IC Malaysia dapatkan rawatan hospital ditahan

KUCHING, 6 April : Taktik seorang wanita Indonesia menggunakan dokumen pengenalan diri rakyat tempatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek mendaftar masuk ke wad hospital berkenaan dengan memberikan salinan MyKad.

“Selepas membuat semakan, pihak hospital mendapati dokumen perjalanan diri yang dimiliki suspek juga telah tamat tempoh,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, laporan dibuat oleh pihak hospital pada pukul 10.53 pagi semalam.

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(o), Akta Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan