Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada halangan kaji ganja untuk perubatan – Khairy

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 6 April : Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu -alukan kajian klinikal berhubung kegunaan canabidiol (CBD) dalam bidang perubatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KKM sentiasa konsisten dengan polisi yang berasaskan bukti saintifik.

“Oleh sebab itu, kita terbuka kajian kegunaan CBD untuk tujuan perubatan.

“Ini boleh diselaraskan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan Clinical Research MY,”katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, setakat ini KKM belum menerima sebarang laporan penuh ujian klinikal penggunaan CBD.

“Ramai yang menunjukkan minat, menjadikan sebagai advokasi mereka serta membincangkan penggunaan CBD di media sosial,”katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap ada pihak industri dan ahli akademik yang berminat membuat penyelidikan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan