Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rumah terbuka Aidilfitri ‘mega’, tunggu dahulu – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 6 April : Keputusan untuk membenarkan penganjuran rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau secara peribadi berpendapat rumah terbuka masih boleh dianjurkan untuk ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Bagaimanapun ujar beliau, sekiranya dianjurkan secara besar-besaran yang menyaksikan kehadiran ribuan pengunjung, perkara itu memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.

“Ini boleh menyebabkan merebaknya COVID-19 kerana pada masa ini, wabak ini masih belum berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan bubur lambuk sempena Program Bubur Lambuk “Pemadam Care For You, Jauhi Dadah, Hidup Penuh Erti” anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan varian baharu yang mula tersebar di negara jiran, Abdul Karim berkata, rakyat Malaysia akan menerima maklumat mengenainya jika varian tersebut merebak ke negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan