Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sibu sangkal dakwaan tidak siasat kes pencerobohan kubur

Polis nafi dakwaan tidak siasat kes rosakkan kubur Cina di Sibu

SIBU, 6 April : Polis IPD Sibu menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa mereka tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian pencerobohan kubur di Tanah Perkuburan Bukit Aup di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Dr Collin Babat menegaskan polis sememangnya menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian itu.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan melibatkan semua kes pencerobohan kubur termasuk dua kes yang berlaku pada Mac lalu.

“PDRM Sibu ingin menyangkal dakwaan berkenaan di mana dua laporan polis yang diterima pada Mac dan dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 297 kanun keseksaan masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Dr Collin Babat menegaskan polis sememangnya menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya telah menerima tujuh lagi laporan polis yang telah dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen sehingga hari ini.

Katanya, dakwaan yang menyatakan pihak polis tidak mengambil tindakan yang wajar dengan serta merta adalah tidak benar.

“Polis sibu ingin menegaskan bahawa jika laporan polis tersebut terdapat unsur-unsur jenayah ataupun perbuatan salah laku yang menyalahi undang-undang siasatan akan dijalankan dengan rapi dan sehingga suspek dapat ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” tegasnya.

Pada Selasa lalu, Adun Dudong itu mendakwa bahawa dua laporan polis yang diterima pada hujung Mac lalu tidak menerima perhatian atau diambil tindakan yang sewajarnya.

Insiden pencerobohan itu sekali lagi berlaku apabila waris-waris yang melawat tanah perkuburan di Jalan Bukit Aup sempena perayaan Qing Ming mendapati tujuh jirat telah dijarah dan keranda dibakar pihak yang tdak bertanggunjawab.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenaj kejadian tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan