Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyeludup lari masuk hutan tinggalkan rokok dan arak

Penyeludup rokok lari masuk hutan dikejar polis

MIRI, 6 April : Seorang penyeludup bertindak meninggalkan van yang dipandunya dan lari ke dalam kawasan semak selepas menyedari diekori oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5.

Komandernya, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, dalam operasi pada Ahad lepas di Jalan Miri ByPass Pujut Link, polis menemui pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang ‘ditinggalkan’ dalam van berwarna merah itu.

“Suspek berjaya meloloskan diri namun pasukan PPM berjaya merampas minuman keras dan rokok yang dianggarkan bernilai RM180 320,”katanya menerusi kenyataan media.

Sebahagian rokok dan arak yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin di Jalan Miri ByPass Pujut Link pada Ahad lepas.

Zulfikar memberitahu, Pasukan Unit Risikan PPM melaksanakan intipan dan menunggu hampir satu jam di kawasan van yang ditinggalkan namun lelaki itu tidak ‘kembali’.

“Antara barang kes yang dirampas termasuk sebuah van Perodua Rusa bernilai RM20,000 serta 1,047 karbon rokok bernilai RM157 050 dan 20 kotak bir bernilai RM3,270,”katanya.

Katanya, kesemua minuman keras dan rokok yang dirampas itu dibawa ke Markas Taktikal Marin Miri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan