Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Juh Sungkei Sitok’ di Hotel Harbour View, tawar gabungan hidangan tiga citarasa

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 April : Gabungan bufet berkonsepkan tradisional tempatan, antarabangsa dan oriental dinamakan ‘Juh Sungkei Sitok’ yang ditawarkan Hotel Harbour View mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pengurus Jualan hotel berkenaan, Sharizan Amat berkata, pakej berbuka puasa itu bermula pada 3 April hingga 2 Mei ini.

“Alhamdulillah dari segi tempahan, kita menerima pertanyaan yang sangat memberangsangkan daripada orang ramai yang teruja untuk mencuba hidangan berbuka puasa yang ditawarkan kami.

“Kita juga sudah membuat promosi pada 21 hingga 30 Mac yang lepas dan sambutannya memang menggalakkan,” katanya ketika ditemui TVS, di sini semalam.

Antara sajian tradisional yang disediakan adalah seperti kerabu, umai ikan, sayur lodeh, umbut masak lemak dan banyak lagi.

Antara sajian berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel Harbour View, Kuching sempena Juh Sungkei Sitok.

Dalam pada itu, Shahrizan memberitahu, pihaknya juga menyediakan kemudahan bilik solat untuk memudahkan pelanggan menunaikan sembahyang.

Harga yang ditawarkan untuk orang dewasa adalah RM68 manakala untuk kanak-kanak, RM40.

Selain itu, hotel tersebut turut menyediakan set Ramadan secara tempahan bungkusan pada harga RM255 untuk lima orang.

Bagi yang berminat untuk merasai keenakan bufet yang ditawarkan, anda boleh menghubungi talian 082-27466 atau layari Facebook rasmi Harbour View Hotel Kuching untuk membuat tempahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan