Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alyssa , dari Sarawak ke Harvard

Alyssa Yap, dari Sarawak ke Universiti Harvard

KUCHING, 6 April : Anak kelahiran Sarawak, Alyssa Yap Xin Yi melakar pencapaian cemerlang apabila diterima masuk ke Universiti Harvard bagi sidang pengajian tahun ini.

Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road itu terpilih bersama lima lagi pelajar Malaysia yang lain ke Harvard yang ketika ini merupakan universiti kelima terbaik dunia berdasarkan QS World Rankings 2022.

Alyssa dan ‘rakan – rakannya’ turut mencatat rekod sebagai kumpulan pelajar Malaysia teramai diterima memasuki universiti berprestij itu bagi satu sesi pengajian baharu berbanding dua sebelum ini.

Terpilih di kalangan 61,220 pemohon di seluruh dunia, Alyssa menamatkan pengajian A-Level di Anglo Chinese Junior College (ACJC) dan kini sedang melakukan latihan industri di Singapura.

Turut tersenarai ialah Ishant Shah dan Herman Leong Xin Yang dari Pulau Pinang, Carisma Michaela Wong (Sabah), Lee Ee Jenn (Kuala Lumpur) dan Chooi Je Qin dari Johor.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan rasa sukacita atas kejayaan Alyssa dan rakan – rakan yang membanggakan rakyat Malaysia.

Menerusi Facebook rasmi Istana Negara, Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan pelajar berkenaan.

Turut sama mengucapkan tahniah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menganggap kejayaan enam pelajar berkenaan melanjutkan pengajian ke Harvard College, Amerika Syarikat sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara.

“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi satu catatan di akaun Facebooknya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan