Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA TERENGGANU, 28 Mac : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan akan menyiasat setiap kes kenaikan harga barangan yang melampau secara terperinci dan menyeluruh di setiap peringkat pengedaran bagi mengelak berlakunya aktiviti pencatutan.
KUALA TERENGGANU, 28 Mac : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan akan menyiasat setiap kes kenaikan harga barangan yang melampau secara terperinci dan menyeluruh di setiap peringkat pengedaran bagi mengelak berlakunya aktiviti pencatutan.

Tujuh aduan berkaitan penyelewengan petrol bersubsidi di Johor

PUTRAJAYA, 5 April : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima tujuh aduan berhubung dakwaan penyelewengan petrol bersubsidi RON95 melibatkan kenderaan berpendaftaran asing sejak sempadan negara dibuka mulai 1 April.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata kesemua kes berkenaan dilaporkan berlaku di Johor dan dua stesen minyak kini sedang disiasat.

“Kita sedang memuktamadkan siasatan tersebut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini, ketika diminta mengulas mengenai gambar tular memaparkan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol menggunakan nozel kuning yang disyaki RON95.

Larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010 bagi memastikan subsidi petrol yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan pada Sabtu lepas juga mengingatkan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing boleh dikenakan tindakan tegas.

“Jika kuantiti petrol RON 95 digunakan pihak yang tidak berkelayakan, ia akan menjejaskan bekalan untuk rakyat kita sendiri,” kata Azman yang turut menyeru pengguna untuk menyalurkan aduan terus kepada KPDNHEP jika terserempak dengan insiden sedemikian.

Mengulas isu harga ayam yang tidak stabil di beberapa tempat, Azman berkata ia tidak sepatutnya berlaku kerana harga ayam adalah kekal pada RM8.90 sekilogram buat masa ini.

“Apabila ada penetapan harga, ia wajib dipatuhi. Bagi setiap penetapan harga yang dilaksanakan, kami telah berikan margin yang bersesuaian pada setiap keuntungan. Jadi, sepatutnya tidak ada isu mengatakan pemborong tidak cukup margin dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 31 Jan lepas mengumumkan kerajaan menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard ialah pada RM8.90 sekilogram. Penetapan harga itu berkuat kuasa mulai 5 Februari lepas hingga 5 Jun 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan