KUCHING, 5 April : Kerajaan Sarawak menyuarakan rasa tidak berpuas hati berhubung kelewatan beberapa pakej projek kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri akan mencari inisiatif terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.
Baca >>>Â Â Pan Borneo : Jejambat Jajaran Kuching-Serian dijangka siap pertengahan tahun ini
Katanya, antara projek ‘lambat siap’ termasuklah pembinaan jambatan di Sungai Sarawak.
“Projek jambatan yang menghubungkan Sejingkat dan Tanjung Bako dalam Pakej Jalan Kedua Kuching-Samarahan itu kini mengalami masalah dan hanya mencapai kemajuan sekirar 2.5 peratus.
“Sebenarnya, projek jambatan sepanjang 1.3 kilometer (KM) yang menelan kos sebanyak RM365,737,131.16 itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2025,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek Jejambat Lebuhraya Pan Borneo Batu 6, di sini, hari ini.
Douglas Uggah berkata, dalam soal ini , pengawasan yang teliti adalah sangat penting bagi memastikan kerajaan dapat melaksanakan satu-satu projek mengikut masa yang ditetapkan.
“Ini kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),”katanya. -TVS