Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kawasan tumpuan pelancong Singapura di sekitar JB masih lengang

Kawasan tumpuan pelancong Singapura di JB masih lengang

JOHOR BAHRU, 5 April : Masuk hari kelima pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia – Singapura hari ini , tinjauan TVS mendapati kebanyakan kawasan tumpuan membeli – belah di pusat bandar masih lenggang.

Sebelum pandemik COVID-19, memasuki Ramadan, beberapa kawasan di ibu negeri ini akan sesak dibanjiri warga Singapura yang masuk ke Malaysia untuk membeli -belah dan berbuka puasa.

Para peniaga di City Square, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan Gelleria Kota Raya memberitahu, suasana di situ ‘sama’ seperti ketika sempadan negara masih ditutup apabila lengang.

Seorang peniaga yang ditemui berkata, dia berharap kehadiran pengunjung akan meningkat apabila memasuki minggu kedua Ramadan.

Malaysia dan Singapura sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April lepas dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan