Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BANK DUNIA UNJUR EKONOMI MALAYSIA TUMBUH 5.5 PERATUS PADA 2022
BANK DUNIA UNJUR EKONOMI MALAYSIA TUMBUH 5.5 PERATUS PADA 2022

Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 April : Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh pemulihan dalam permintaan domestik serta pengembangan eksport.

Bagaimanapun, ia turut mengingatkan bahawa pertumbuhan itu berkemungkinan lebih perlahan kepada 4.8 peratus sekiranya keadaan global terus meruncing di tengah-tengah konflik ketenteraan Rusia-Ukraine, langkah mengetatkan dasar kewangan di Amerika Syarikat serta kelembapan struktur yang ketara di China.

“Walaupun ekonomi dijangka berada di landasan pemulihan, faktor-faktor seperti COVID-19, inflasi makanan dan ancaman banjir dijangka terus memberi tekanan terhadap kemajuan serta kesejahteraan golongan miskin dan mudah terjejas,” kata Bank Dunia dalam laporan Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAC) April 2022 bertajuk ‘Braving the Storm,’ hari ini.

Pada tahun lepas, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus bagi 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan