Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Baitulmal Sarawak agih zakat RM14.9 juta untuk asnaf

KUCHING,4 Mac : Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) setakat bulan lepas telah mengagihkan pembayaran zakat berjumlah RM14.9 juta kepada golongan asnaf di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Datu Abang Mohd. Shibli Abang Mohd. Nailie berkata, agihan itu dilakukan menerusi empat program iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Kemahiran Ummah.

Katanya, memasuki bulan Ramadan, TBS meneruskan inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi pelancaran Program Kasih Ramadan.

“Program ini dilaksanakan menerusi prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dengan bertujuan untuk meringankan beban golongan memerlukan sepanjang bulan puasa dan sebagai persediaan untuk menyambut Syawal kelak,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pengagihan pada hari pertama Program Kasih Ramadan melibatkan pemberian sumbangan kepada 30 penerima dan diikuti bantuan kepada lima keluarga di Kampung Bintawa, Kampung Siol Kandis dan Kawasan Demak.

Ujar beliau setakat ini, seramai 3,700 penerima bantuan sara diri telah menerima sumbangan TBS dan pihaknya menjangkakan penyerahan bantuan akan diteruskan dengan lebih 4,000 penerima dijangka mendapat manfaat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak berada dalam senarai penerima namun memerlukan bantuan untuk datang ke pejabat dan membuat permohonan.

“Pihak BTS akan memberikan bantuan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Porine Jeman, 71, berkata, bantuan yang dihulurkan memberi kelegaan kepadanya apabila dapat menyediakan barang keperluan ketika Ramadan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan