Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Mini Film Festival, Mr Yow Chong Lee berkata webinar ini bertujuan untuk memahami dan mencadangkan cara-cara yang terbaik untuk membentuk masa depan pasca-pandemik untuk pekerja industri kreatif yang lebih tahan lasak.

Webinar anjuran UNIMAS bincangkan cabaran sektor industri kreatif pasca pandemik

ByJas

KUCHING, 3 April : Sempena Festival Filem Mini (FFM) anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan turut berlangsung sesi webinar bagi mengupas isu-isu yang perlu dihadapi oleh pemain industri kreatif pasca pandemik.

Pengarah FFM, Yow Chong Lee berkata , webinar itu bertujuan untuk memahami dan mencadangkan cara-cara yang terbaik untuk membentuk masa pekerja industri kreatif yang lebih tahan lasak pada masa hadapan.

Katanya, pandemik COVID-19 melanda dunia membawa pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui oleh pekerja industri dengan paling ketara ramai yang hilang pekerjaan selain ada yang turut dijangkiti virus berkenaan.

“Tidak dinafikan, pandemik dan perintah berkurung telah memberikan impak yang signifikan kepada para pekerja dalam industri kreatif. 

“Menurut laporan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNESCO), pandemik telah menyebabkan lebih 10 juta pekerja industri kreatif hilang kerja sejak 2020,”katanya.

Sehubungan itu katanya, sempena penganjuran kali ke-18 FFM, pihaknya mengundang beberapa pemain industri untuk berkongsi kepakaran masing – masing berhubung masa depan industri.

Katanya antara yang memberikan komitmen untuk turut serta termasuklah Sarah Lois yang merupakan pengarah filem berasal dari Sarawak.

“Kita juga menjemput pemuzik Filipina, Tusa Montes , Andrew Bong iaitu komposer Sarawak dan ahli akademik serta pengarah dari Amerika Syarikat, Nisi Sturgis,”katanya.

Chong Lee berkata, beliau berharap input yang bakal dikongsi itu akan memberi persepsi baharu kepada pelajar dan bakal warga industri kreatif untuk mempersiapkan diri berdepan sebarang krisis pada masa akan datang.

UNIMAS menganjurkan webinar bertajuk “Pekerja Industri Kreatif dalam Di Era Pasca-Pandemik: Apa Persediaannya? pada 8 April ini.

Webinar ini akan diadakan pada 8 April 2022 (Jumaat) pada pukul 10 pagi waktu tempatan.

Peserta yang ingin menyertai bengkel ini boleh mendaftar menerusi pautan  https://bit.ly/18thMFF.

Sekiranya terdapar sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pei Pei di talian +6011 – 1242 4309. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan