Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Video rakyat Singapura jadi mangsa samun palsu - Polis
Video rakyat Singapura jadi mangsa samun palsu - Polis

Video tular rakyat Malaysia samun warga Singapura palsu – Polis

JOHOR BAHRU, 3 April : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat rakyat negara ini menyamun dan mencederakan warga Singapura seperti yang dipaparkan beberapa klip video dan gambar yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata video dan gambar berkenaan adalah palsu dan Bukit Aman juga pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu pada 2 Nov lepas.

Beliau berkata penyebaran video dan gambar palsu seumpama itu dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai, khususnya pelancong warga Singapura yang datang ke negara ini melalui Johor.

“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.

Justeru itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh  daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan