Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masjid tertua di Sarawak akan kembali diimarahkan

ByYazid Ibrahim

SIBU, 3 April : Umat Islam di sini dijangka akan dapat menunaikan solat Terawih di Masjid Al-Qadim yang merupakan masjid tertua di Sarawak dalam waktu terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar Rapee berkata, ini kerana kerja – kerja pemuliharaan di masjid yang berusia lebih 180 tahun itu hampir siap sepenuhnya.

Katanya, projek berkenaan berdepan sedikit kelewatan kerana membabitkan keseluruhan struktur bangunan selain kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sebelum ini.

“Saya secara peribadi berpendapat seeloknya pembukaan dilakukan pada 10 hari terakhir Ramadan agar umat Islam dapat beribadah dan mengimarahkan masjid pada bulan mulia ini,”katanya kepada pemberita selepas melawat masjid berkenaan semalam.

Masjid Al-Qadim dijangka akan dapat digunakan oleh umat Islam di Sibu dalam tempoh terdekat.

Kerja-kerja pemuliharaan Masjid Al-Qadim menelan belanja sebanyak RM2.2 juta dan setelah siap kelak, ia akan turut dilengkapi dengan sistem pendingin hawa untuk keselesaan para jemaah dan alat pembesar suara.

Dr. Annuar berkata, beliau juga menjangkakan ramai umat islam yang ingin menunaikan solat Terawih di masjid itu yang menjadi kebanggaan umat Islam di bandar ini.

“Satu mesyuarat bersama jawatankuasa masjid akan diadakan bagi menentukan kaedah terbaik jika kita mendapati terlalu ramai yang ingin berterawih di masjid ini dan mungkin kita akan laksanakan sistem penggiliran,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan