Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KDN aktifkan rekod senarai hitam
KDN aktifkan rekod senarai hitam

KDN aktif semula rekod individu disenarai hitam

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 3 April : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengaktifkan semula rekod individu yang disenarai hitam susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April lepas.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan bagi menghalang mereka masuk ke Malaysia yang seterusnya dikhuatiri memberi ancaman keselamatan.

“Kita siap siaga untuk memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin manakala orang luar yang berkunjung ke negara kita rasa selamat dan tidak terancam,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau di sini petang semalam.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, beliau yakin ramai yang ‘cuba’ masuk ke Malaysia ketika ini kerana beranggapan pihak berkuasa negara melonggarkan peraturan susulan fasa peralihan ke endemik.

“Selain itu, kehadiran bulan Ramadan juga menjadi faktor kepada pihak luar untuk melakukan aktiviti penyeludupan dan menceroboh perairan negara.

“Saya ingin tegaskan KDN menerusi pelbagai agensinya telah bersedia sejak sebulan lepas bagi memastikan keselamatan negara terjamin dari ancaman luar,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan