Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aktiviti keagamaan bukan Islam di Sabah, Sarawak masih laksana penjarakan fizikal

KUALA LUMPUR, 3 April : Penjarakan fizikal masih dilaksanakan bagi aktiviti keagamaan di rumah-rumah ibadat bukan Islam di Sabah dan Sarawak, walaupun negara telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik bermula Jumaat lepas (1 April). 

Tinjauan Bernama di kedua-dua negeri berkenaan mendapati, ia masih dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sebelum ini.

Di SARAWAK,  tinjauan di Sacred Heart Cathederal di Sibu mendapati penganut Katolik mematuhi SOP penjarakan fizikal, ketika Misa Ahad dalam Bahasa Iban pagi ini.

‘Catechist’ Michael Illi ketika ditemui berkata acara itu dihadiri sekitar 2,500 penganut, meskipun kapasiti penuh gereja itu boleh menampung seramai 4,000 orang pada satu-satu masa. 

Rektor Sacred Heart Cathedral Father Philip Hu pula menerusi mesej kepada penganut Katolik di Sibu semalam, mengingatkan agar SOP yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dipatuhi.

Hu turut memaklumkan perjumpaan agama adalah digalakkan dan kelas agama disambung seperti biasa.

Di SABAH, tinjauan di Gereja Katolik Sacred Heart Kota Kinabalu, mendapati kira-kira 1,300 orang berbilang umur menghadiri upacara sembahyang atau ‘mass’, dengan mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal.

Penjarakan itu dilakukan semasa duduk bagi upacara di gereja selain pemakaian pelitup muka dan mengimbas kod QR di aplikasi MySejahtera, terus diamalkan.

Pensyarah kolej swasta Gracie Tseu, 29, ketika ditemui, menzahirkan kesyukuran kerana dapat menjalankan upacara sembahyang dalam suasana norma baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri , Datuk Masidi Manjun, yang juga jurucakap COVID-19 negeri ketika dihubungi Bernama mengesahkan, rumah ibadat bukan Islam di Sabah masih mengguna pakai SOP sedia ada dan akan disemak mengikut situasi semasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan