Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RM2.2 juta untuk projek RTP di DUN Simanggang
RM2.2 juta untuk projek RTP di DUN Simanggang

RM2.2 juta untuk 13 projek RTP di DUN Simanggang

ByMadeline Dugat

SRI AMAN, 2 April : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menerima peruntukan sebanyak RM2.2 juta bagi melaksanakan 13 projek kesejahteraan rakyat di bawah pakej Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bahagian berkenaan untuk mengetahui status kesemua projek berkenaan.

Ujar beliau, berdasarkan penerangan yang diberikan, kesemua projek berkenaan dimasukkan dalam senarai projek yang akan, sedang dan telah dilaksanakan.

“Sehubungan itu, saya menyeru pihak kontraktor yang mendapat tawaran kontrak supaya bertanggungjawab dan komited melaksanakan projek mengikut perjanjian tawaran kontrak dengan tidak melengahkan pembinaan,”katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Pada masa sama, ujar Francis Harden, beliau juga berharap agar agensi pelaksana projek sentiasa memantau projek – projek yang sedang dilaksanakan.

“Ini penting kerana sekiranya terdapat isu berbangkit , kita boleh mengambil langkah mengatasi dengan kadar segera,”katanya.

Terdahulu, beliau turut meninjau perkembangan pembinaan projek Culture Centre dan 14 lot kedai dalam pakej projek Sri Aman Waterfront yang akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Beliau menambah, fokus projek selepas ini membabitkan pembinaan Benak Tower dan Pangkalan Ikan Bulu bagi melengkapkan cadangan projek Menaiktaraf Sri Aman Waterfront yang telah dikemukakan sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan