Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai hari ini sehingga siasatan kes berkaitan video tular pensyarah itu memperlekeh pelajar B40 selesai.
SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai hari ini sehingga siasatan kes berkaitan video tular pensyarah itu memperlekeh pelajar B40 selesai.

UITM : Pensyarah perlekeh penuntut B40 direhatkan daripada tugas

SHAH ALAM, 1 April : Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai hari ini sehingga siasatan kes berkaitan video tular pensyarah itu memperlekeh pelajar B40 selesai.

UiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat LPU malam tadi.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan siasatan kes dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur.

“Pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga.

“UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran yang mengelirukan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut UiTM juga sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan pelajarnya.

“UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan,” katanya.

Baru-Baru ini, tular di media sosial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba dan meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai gelang emas untuk membeli peralatan itu.

Susulan itu, satu dokumen dalaman UiTM iaitu laporan kronologi siasatan berkaitan kejadian tersebut turut tersebar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan