Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
uan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib
Penganjuran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022

Tun Taib Mahmud lawat DSA dan NATSEC 2022

KUALA LUMPUR, 1 April : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melawat Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) semalam.

Sektor pertahanan negara dan hubungan antarabangsa bukan sesuatu yang asing bagi Tun Taib yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, yang merupakan salah satu jawatan kanan yang disandang sepanjang 13 tahun dalam Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Turut mengiringi Tun Taib ialah Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof , Setiausaha Sulit Kanan kepada Tun Taib, Datu Mustapha Han dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

DSA dan NATSEC Asia yang bermula pada Isnin lepas menyasarkan untuk menerima 25,000 pengunjung termasuk delegasi 50 negara.

Acara yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu dianjurkan dengan tema ‘Advancing into a New Era of Defence and Security’ dan akan disertai lebih 1,000 pempamer. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan