Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Stesen minyak Petros pacu masa depan ekonomi Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 1 April : Pengoperasian stesen minyak pelbagai bahan api milik Sarawak Petroleum Berhad (Petros) bakal memacu Sarawak ke arah negeri mampan berteraskan penggunaan tenaga baharu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan stesen berkenaan juga merupakan peristiwa penting untuk kemajuan negeri ini pada masa depan.

“Stesen minyak kepunyaan Sarawak ini adalah antara yang unik kerana kita menampilkan stesen yang mempunyai kepelbagaian fungsi, jadi ini merupakan perancangan jangka panjang Kerajaan Sarawak.

“Saya sangat gembira untuk mengatakan ketika ini kita berada di landasan yang tepat untuk masa depan pertumbuhan ekonomi negeri,”katanya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan Petros stesen merupakan peristiwa penting untuk kemajuan negeri ini pada masa depan. Gambar Faitullah Morni.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Stesen Minyak Petros di Darul Hana Kuching, di sini hari ini.

Stesen Petros ini dibangunkan oleh SEDC Energy Sdn. Bhd. (SEDC Energy) di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan matlamat untuk menyokong kelestarian alam sekitar serta merancakkan sektor ekonomi hidrogen di Sarawak.

Petros menempatkan bahan bakar konvensional, tempat mengecas kenderaan elektrik dan juga pengisian bahan bakar hidrogen.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan