KUCHING, 1 April : Program #GengSungke terbitan TVS bakal bersiaran sepanjang Ramadan ini dengan menampilkan pengaruh digital dan selebriti dari Sarawak.
Bakal bersiaran di TVS bermula Ahad ini pada pukul 6.15 petang setiap hari , #GengSungke akan memaparkan kebolehan dan bakat memasak para tetamu jemputan.
Dihoskan oleh Dhirah, rancangan ini menjemput 13 tetamu untuk menyerikan program ini.
Tetamu yang dijemput untuk program kali ini iaitu Fir Affandi & Afick Wazai, Kelvin, Dee Dee, Viviana, Adi Johar, Guccimith, Bella, Shamsul Ahmad, Shirly Nomi, Lanny, Melissa Francis, Aiman Tino dan Aiman Afiff.
Pada segmen pertama, tetamu jemputan akan memasak menu pilihan sendiri sebagai juadah berbuka puasa dan hos akan menunjukkan kehebatannya memasak pada blok berikutnya.
Program #GengSungke yang eksklusif ini hanya di TVS, jangan lupa tonton di saluran 122 Astro dan myFreeview.
Pada tahun lepas, TVS menyiarkan Sik Lamak Gik Sungke edisi khas Ramadan yang menampilkan Ain Suhada sebagai hos dan turut ditemani 13 tetamu jemputan. – TVS