Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak sempurnakan Majlis Graduasi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak
Premier Sarawak sempurnakan Majlis Graduasi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak

Premier Sarawak sempurnakan Majlis Graduasi Universiti Teknologi Swinburne

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 1 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyempurnakan Majlis Graduasi Kali Ke-21 Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak.

Seramai 408 graduan universiti antarabangsa berkenaan menerima ijazah masing-masing pada sidang kali ini yang berlangsung selama tiga hari.

Lima graduan Doktor Falsafah (PHD) program kejuruteraan dan sains berjaya menamatkan pengajian mereka bersama 26 graduan pelbagai program sarjana.

Majlis turut menyaksikan 22 graduan pelbagai program Ijazah Sarjana Muda dari Malaysia, Indonesia, India, Mesir dan Sri Lanka bergraduasi pada sesi ketiga ini.

Dua sesi awal yang telah dilangsungkan pada 23 dan 24 Mac lepas menyaksikan seramai 190 graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan, 129 graduan prasiswazah dalam bidang kejuruteraan dan 36 graduan Sarjana Muda dalam bidang sains bioteknologi, sains komputer, teknologi maklumat dan komunikasi menerima ijazah masing – masing.

Majlis graduasi ini merupakan majlis fizikal pertama dilakukan universiti berkenaan sejak dilanda pandemik COVID-19 dengan kali terakhir berlangsung pada Oktober 2019.

Universiti Teknologi Swinburne merupakan universiti yang berpengkalan di Melbourne, Australia dan Kampus Sarawak di Kuching merupakan kampus tunggal cawangan antarabangsanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan