Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Krisis Sri Lanka
Demonstrators stand near a bus that was set on fire at the top of the road to Sri Lankan President Gotabaya Rajapaksa's residence during a protest against him as many parts of the crisis-hit country faced up to 13 hours without electricity due to a shortage of foreign currency to import fuel, in Colombo, Sri Lanka March 31, 2022. REUTERS/Dinuka Liyanawatte

Perintah berkurung di Sri Lanka, penunjuk perasaan serbu kediaman Presiden

ANKARA , 1 April : Sri Lanka mengenakan perintah berkurung di ibu negara Colombo selepas penunjuk perasaan cuba menyerbu kediaman peribadi Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Beratus-ratus orang berkumpul berhampiran kediaman Rajapaksa pada siang hari untuk membantah krisis ekonomi negara, yang turut mengakibatkan bekalan elektrik diputuskan selama 13 jam.

Ketua Polis Negara C.D. Wickramaratne dalam satu kenyataan Khamis malam berkata perintah berkurung akan berlangsung “sehingga diberitahu” di beberapa kawasan di Colombo, lapor Agensi Anadolu.

Penunjuk perasaan, yang terdedah kepada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis, melaungkan “Go home Gota!” dan “Gota ialah seorang diktator”.

Sri Lanka, perlu membayar balik pinjaman domestik dan asing yang dianggarkan berjumlah US$7.3 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang, hanya memiliki rizab sebanyak US$2.31 bilion setakat Februari dan mungkin menjadi muflis.

Penunjuk perasaan mendakwa amalan tidak wajar pentadbiran Rajapaksa menyebabkan rizab pertukaran asing negara itu susut dengan cepat, memberi kesan teruk kepada import penting dan menyebabkan kenaikan harga makanan ruji dan kekurangan barangan keperluan seperti gas memasak dan bahan api.

Meskipun kerajaan mengisytiharkan darurat untuk membendung harga barang keperluan yang melambung tinggi akibat penimbunan stok, sebahagian besar langkah itu tidak berjaya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan