KUCHING, 1 April : Rakyat Sarawak boleh menikmati diskaun sekiranya menggunakan aplikasi Sarawak Pay di Petros.
Mengesahkan perkara itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian mengenai kelebihan aplikasi berkenaan.
“Beliau beritahu saya perkara itu (diskaun menerusi Sarawak Pay) namun katanya bergantung kepada jumlah mata yang dikumpul,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Petros di Darul Hana di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Johari turut menjelaskan, Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga minyak.
“Minyak merupakan barangan kawalan, kalau boleh saya sendiri hendak menjual dengan harga yang agak murah untuk manfaat rakyat namun kita tidak boleh melakukan mengikut peruntukan undang – undang,”katanya.
Ketika ini, harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983. -TVS