Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki tuntut bungkusan berisi lebih 1,000 ‘pil dadah’ diberkas

MUKAH, 2 April :Taktik seorang penganggur menggunakan perkhidmatan pos menerusi bas untuk menuntut ‘pil dadah’ tidak berhasil apabila diberkas polis di belakang Terminal Bas Jalan Setiaraja, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Mohd. Rizal Alias berkata, dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) suspek yang berusia 32 tahun itu baharu selesai mengambil bungkusan Pos Laju di situ.

Katanya, sejurus ditahan kira -kira pukul 1.40 petang, polis merampas bungkusan berkenaan dan pemeriksaan mendapati terdapat satu botol plastik berwarna putih di dalamnya.

“Dalam botol itu berisi sebanyak 1,130 biji psikotropik yang dianggarkan bernilai RM2,260,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, semakan lanjut mendapati suspek turut memiliki tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek negatif dadah namun polis percaya dia terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah sejak Januari 2021,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan