Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kepelbagaian festival di Sarawak bakal gamit pelancong
Kepelbagaian festival di Sarawak bakal gamit pelancong

Kepelbagaian festival dianjurkan Sarawak bakal gamit pelancong – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 April : Kepelbagaian acara dan festival yang bakal dianjurkan Sarawak susulan fasa peralihan ke endemik diyakini akan menarik kehadiran pelancong sekaligus memacu pemulihan sektor berkenaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebelum pandemik COVID-19, kalendar pelancongan Sarawak ‘meriah’ dengan pelbagai program yang sentiasa menggamit pelancong dari seluruh dunia.

Ujar Abdul Karim, beliau yakin penganjuran Festival Muzik Dunia Rainforest, Festival Jazz Borneo, Maraton Antarabangsa dan Spartan Race sentiasa mempunyai tempat istimewa di kalangan pelancong.

“Sarawak merupakan satu destinasi unggul yang menjadi tarikan.

“Perkembangan baru – baru ini menyaksikan duta – duta negara luar di Kuala Lumpur datang ke Kuching, mereka terpegun dengan Sarawak. Saya percaya walaupun tidak drastik (kemasukan pelancong), mereka akan datang apabila kita anjurkan acara – acara yang disebut,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita hadir sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-76 di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, beliau berazam untuk memacu Sarawak kembali ke ‘zaman kegemilangannya’ sebagai antara lokasi percutian utama di Malaysia.

“Sebelum COVID-19, jumlah kedatangan pelancong ke Sarawak sekitar 4.3 juta hingga 4.5 juta malah saya pernah menyasarkan Sarawak menerima kunjungan pelancong seramai lima juta namun selepas pandemik, kemasukan pelancong menjunam bawah satu juta,”katanya.

Bagaimanapun katanya, sektor pelancongan Sarawak tidak selamanya ‘malap’ apabila rekod kemasukan pelawat pada tiga bulan pertama tahun ini melonjak lebih 500 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Ini sekaligus memberi keyakinan untuk mencapai sasaran pelancong seramai 1.2 juta seperti diumumkan sebelum ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan