Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut kereta terbabas ke dalam parit di Serian
Dua maut kereta terbabas ke dalam parit di Serian

Dua maut kereta terbabas ke dalam parit di Serian

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 1 April : Dua lelaki maut selepas kereta jenis Peugeot yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Seroban, Serian malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 10.40 malam.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelas PGO menerusi kenyataan media.

Difahamkan kedua – dua mangsa masing – masing berusia 37 dan 24 tahun.

PGO berkata, sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian yang dikerah ke lokasi turut melakukan pencarian di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain.

“Mayat kedua – dua mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” jelas kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan