Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LEBIH 1,000 PELANCONG LUAR NEGARA DIJANGKA TIBA HARI INI - NANCY
LEBIH 1,000 PELANCONG LUAR NEGARA DIJANGKA TIBA HARI INI - NANCY

1,000 pelancong antarabangsa dijangka tiba hari ini – Nancy

Foto : MOTAC

KUALA LUMPUR, 1 April : Lebih 1,000 pelancong antarabangsa dijangka tiba di negara ini pada hari pertama peralihan Malaysia ke fasa endemik, hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , Dato Sri Nancy Shukri, berkata ketibaan esok kebanyakannya adalah dari negara jiran Singapura, melalui pelbagai pintu masuk antarabangsa, menerusi jalan udara atau darat dan persediaan telah dilakukan untuk menerima mereka.

“MOTAC teruja dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran. Saya gembira mendengar bahawa pagi tadi agensi-agensi kami seperti Tourism Malaysia dan kementerian lain juga mengadakan mesyuarat untuk bersiap sedia.

“Jadi, bukan sahaja MOTAC, malah kementerian lain juga sedang bersiap sedia untuk menerima pelancong bagi memastikan semuanya baik dengan prosedur operasi standard (SOP) dan juga jika terdapat apa-apa yang perlu diselesaikan di lapangan terbang, semua mereka telah bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Tourism Malaysia dengan Visa Malaysia (Visa) untuk kempen ‘Home Away from Home’ semalam.

Turut hadir Pengurus Negara Visa Malaysia Ng Kong Boon dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Nancy berharap kerjasama strategik itu akan mencerminkan Dasar Pelancongan Negara terutama dalam meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan 10 teratas global dalam kedua-dua aspek kedatangan dan resit.

Beliau menambah menerusi kerjasama itu, Tourism Malaysia akan dapat memanfaatkan kelebihan analitik Visa, bagi menambah baik pengalaman pelancong di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan