Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Snjing tanpa bukti vaksinasi boleh ditangkap dan dihapuskan mengikut Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. Foto: Envato

Vaksin Anti-Rabies untuk anjing peliharaan secara percuma Sabtu ini

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 31 Mac : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak akan mengadakan program vaksinasi, pelesenan dan cip mikro secara percuma pada Sabtu ini di dua lokasi.

Dua lokasi berkenaan ialah di Ibu Pejabat DSV Sarawak di Semenggok dan Dewan Masyarakat, Serian bermula pukul 9 pagi sehingga 3 petang.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, semua pemilik anjing digesa membawa anjing peliharaan masing-masing untuk proses vaksinasi rabies dan memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

“Di bawah perintah vaksinasi Anti-Rabies, semua anjing di Sarawak mesti divaksin.

“Sebagai peringatan, pemilik atau individu yang gagal patuhi Perintah Vaksinasi Anti-Rabies tanpa sebab munasabah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, anjing tanpa bukti vaksinasi boleh ditangkap dan dihapuskan mengikut seksyen berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga kini jumlah kumulatif anjing yang telah divaksin di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada 2017 adalah 208,886 ekor.

Daripada jumlah tersebut , hanya 20 peratus iaitu sebanyak 41,868 anjing yang menerima vaksinasi penggalak.

Program vaksin ini juga dilaksanakan secara berterusan dan pemilik boleh membawa anjing ke pejabat veterinar terdekat untuk mendapatkan vaksinasi percuma semasa waktu pejabat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan