Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sofia Raniya ditemui 2 kilometer dari sekolahnya
Sofia Raniya ditemui 2 kilometer dari sekolahnya

Sofia Raniya ditemui selamat di kondominium terletak dua km dari sekolah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 31 Mac : Sofia Raniya, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1 yang tular petang tadi selepas dilaporkan hilang ditemui selamat kira – kira dua kilometer (km) dari sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Izham Jaafar berkata, kanak – kanak berkenaan ditemui pada pukul 9.35 malam tadi dalam keadaan baik oleh orang awam di kawasan lobi Kondominium The Holmes, Bandar Tun Razak, Cheras.

Katanya, orang awam kemudian menghubungi polis dan pemeriksaan awal mendapati Sofia Raniya dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selesai proses dokumentasi, kanak-kanak tersebut telah diserahkan semula kepada keluarganya.

“Polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di kondominium berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Muhammad Izham berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak – kanak perempuan itu pada pukul 7.30 malam tadi.

Beliau memberitahu, kehilangan Sofia Raniya disedari oleh ibunya selepas selesai sesi persekolahan.

“Ibu dan pihak sekolah cuba mencarinya di kawasan sekitar sekolah namun gagal menemuinya,”katanya.

Ujar beliau, polis kemudian menggerakkan pasukan khas untuk mengesan kanak – kanak berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByNur Suhaida Muliyono-